Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 62)

Lounge (I...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 62)

Lounge (I)

Antara tempat yang saya selalu singgah di lapangan terbang seluruh dunia adalah lounge. Ia berbeza dari satu lapangan terbang ke satu lapangan terbang yang lain. Ia juga berbeza mengikut syarikat penerbangan & kelas penerbangan.

Di awal2 penerbangan saya, saya tertarik dengan lounge MAS, SIA & Gulf Air. Makanan & kemudahannya amat menarik. Tapi lama kelamaan, ia semakin penuh. Crowded. Tidak ada sudut yang tenang bagi melelapkan mata barang sekejap.

Lounge terbaik di dunia adalah milik syarikat Emirates Airlines khususnya di Terminal 3 di Dubai. Bagi saya, ia bukan hanya lounge. Ia tempat bekerja & bermesyuarat. Ada dewan makan yang terpisah daripada dewan berehat & tandas serta bilik mandi. Ada quiet place. Suraunya besar.

Saya selalu cuba sampai awal di lounge khususnya di Dubai. Rasa tenang. Banyak manuskrip buku saya yang disiapkan di lounge. Saya seolah2 bekerja di pejabat atau rumah saya sendiri.

Bilik mandinya banyak, bersih & mewah. Ada beberapa lounge syarikat lain tidak ada bilik mandi. Kalau adapun, air panasnya tidak menentu. Kadang2, ada yang terpaksa ditutup sebab rosak.

Lounge disediakan kepada penumbang klas bisnes & klas pertama. Oleh kerana saya pemegang kad platinum Emirates Airlines, saya masih boleh menggunakan lounge mereka walaupun saya hanya penumbang klas ekonomi. Ada ramai di kalangan pengembara tegar mempunyai kad subskripsi tertentu. Mereka boleh masuk mana2 lounge di kebanyakan lapangan terbang antarabangsa dengan bayaran tertentu walaupun mereka hanya penumpang klas ekonomi.

Apa best sangat lounge ini? Kalau anda ingin memulakan perjalanan dari rumah atau hotel anda, lounge ini tidaklah penting mana sangat. Anda masih segar & fit. Tapi kalau anda dalam transit dalam satu perjalanan yang jauh di beberapa lapangan antarabangsa, lounge ini adalah amat penting. Boleh tidur sekejap. Boleh makan sambil membaca email & whatsapp anda. Yang penting boleh mandi.

Titik perjalanan rutin saya (dalam era 2012 sampai 2020) adalah London-Dubai-Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur-Istanbul-London atau Almaty-Dubai-Kuala Lumpur. Lounge yang lengkap memang banyak merehatkan badan & minda saya.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts